Love me? You may follow me or just back home, dear :)
Farhana Jeremy :)

I'll always remember you

Mak , buatkan nasi goreng pedas-II ae ? Tak nak ikan bilis dengan sayur tau . Mak pun terus ke dapur untuk meyediakan nasi goreng untuk cucu kesayangannya . Setelah siap memasak dengan penuh kasih sayang , dia pun membawa nasi goreng itu ke ruang tamu rumah . Mak , suapkan heee . Dah besar panjang pun nak suruh aku suapkan . Mak pun melabuhkan punggungnya lalu menyuapkan aku dengan tangannya . Urmm , sedapnya . Nanti mak masak lagi tau . Yealah jawab pendek oleh mak sambil tersenyum . Aku menggelarkan nenek ''mak'' . Itulah panggilan aku kepada nenekku sejak aku kecil lagi . Tak pernah aku panggil dia ''nenek'' kerana bagi aku dia adalah ibu kedua aku selepas ibu kandungku . Dari aku kecil hingga lah aku naik sekolah menengah , mak aku yang menjaga , mendidik , tempat aku menumpang kasih sayang , tempat mengadu masalah , tempat beradu sakit segala-galanya aku luahkan pada mak aku . Aku tak berapa rapat dengan ibu . Aku hanya rapat dengan ayah dan mak . Aku sangat pendiam di rumah . Tak banyak bercakap . Balik rumah masuk bilik , kunci , buka lp on9 , youtube , tidur . Tulah kerja aku dekat rumah . Tapi berlainan di rumah mak . Macam-II aku buat . Main dengan kucing , tolong mak masak , sapu sampah dekat tanah , pergi kedai beli keropok , gula-II , main boyan dekat bawah pokok macam-II lagi lah . Apa yang aku nak , mak aku bagi . Walaupun dia miskin , tiada sedikit pun simpanan dalam bank . Apa yang ada , itu lah yang diberi selagi dia mampu . Sikit pun dia tak kisah kalau aku on9 sampai pagi-II buta . Aku ialah cucu yang paling rapat dan cucu kesayangan mak aku . Bukan nak perasan , tapi dia sendiri pernah cakap dekat aku . Kalau aku nak balik hostel , dia mesti bagi aku duit . Tak macam nenek sebelah ayah aku . Sesen pun tak pernah bagi bila aku nak balik . Cuba lah bayangkan seseorang nenek tanpa duit simpanan dalam bank walau sesen pun masih lagi bagi duit dekat cucu dia dengan nenek yang boleh lah dikatakan banyak duit dekat dalam bank tu tak bagi langsung . Ibu aku pun tahu aku tak berapa suka nenek sebelah bapa aku . Dan ibu aku pun tahu aku sangat rapat dan sangat menyayangi mak aku . Tapi , semua berubah . Semuanya berubah setelah mak pergi . Mak pergi bukan sementara tapi selama lamanya . Aku balik hostel dapat tahu yang mak aku sakit . Mak ada dekat hospital . Kena demam denggi . Ya , Allah hampir berjurai air mata aku tapi ego aku tinggi . Tahan farhana tahan jangan menangis , kau kuat . Petang tu aku pergi tengok mak dekat hospital . Perut mak besar . Tak tahu kenapa . Mak cakap sakit . Ayah aku suruh aku urutkan badan dia . Aku pun urut . Ibu cakap mak macam dah nyanyuk , cakap yang bukan-II . Ibu cakap mak pesan dekat ibu . Sam , mak sakit Sam . Mak tak dapat masakkan untuk kau . Mak , mak tak payah fikir lah pasal masak . Pandai lah orang masak , makan apa yang ada . Yang penting mak tu makan biar mak sihat ae mak . Alhamdulilah mak masih kenal aku . Dik , atuk sakit . Bergenang air mata di kelopak mata . Bila-II masa je boleh jatuh . Tapi aku tahan . Farhana sabar doa banyak-II supaya mak cepat sihat . 24/4/11 aku tengok mak aku dekat hospital . Masa tu dia kena puasa sebab kena bawa hospital muar . Bibir dia merekah . Mak cakap dia haus . Tapi ibu cakap sabar mak , mak kan puasa kena bawa hospital Muar . Mak haus Sam . Nak air sikit pun jadi lah . Sabar mak . Ibu mengusap kepala ibunya . Masa mak diletakkan atas tilam yang lain , mak cakap sakit , haus . Sampai dekat van , aku terasa sangat berat untuk melepaskan mak pergi . Dengan keadaan dia yang sakit , haus membuatkan benteng aku akan pecah . Lepas van bergerak ke Muar , nak aje aku lepaskan segala-galanya . Tapi aku pendam dan pendam . Mencari waktu dan tempat yang sesuai untuk melepaskan segala keperitan di hati . 26/4/11 balik dari solat Dhuha , aku nampak kereta ayah . Kenapa ayah datang ? Aku pun kejar mendapatkan ayah . Aku nampak yaasin . Ya Allah mak . Air mata mula bergenang . Tak mungkin . Ayah nak jumpa pengetua nak minta kebenaran balik . Atuk dah takde . Aku terdiam seribu bahasa . Tak mampu untuk berbicara . Setelah nama aku diannouncement , aku pun balik ke block untuk kemas baju-II . Aku masih menahan kesedihan yang teramat . Aku tak boleh nangis dekat sini . Sampai dekat rumah mak , aku terus mendapatkan belakang ibu . Aku mencapai Yaasin lalu membacanya . Aku nampak jasad yang dibaluti kain putih , setelah sekian lama aku menahan perit di hati , akhirnya air mata aku murah pada hari itu . Entah mengapa aku menangis dengan lebih kuat bila aku di dalam dakapan ummi aku . Sabar yea , banyak-II kan doa untuk atuk . Ya Allah , mak aku adalah segala galanya . Aku sangat menyayanginya teramat sangat . Kenapa Kau mesti mengambil dia dari aku ? Aku bagai tiada siapa dalam dunia ni tanpa dia . Dia adalah yang terbaik dari yang terbaik yang pernah aku ada . Aku tak tahu hidup aku lepas ni tanpa dia . Ya Allah lepas ni aku merindui wajahnya , merindui masakkannya , merindui kasih dan sayangnya , merindui prihatinnya , merindui kebaikannya , merindui semuanya tentang dia . Ya Allah kepergiannya adalah satu yang amat memeritkan bagi aku . Nenek yang aku ''mak'' yang ku anggap seperti mak kandungku tiada lagi untuk menyuapkan aku , tiada lagi ingin menunaikan permintaan aku , tiada lagi tempat aku mengadu nasib . Hanya kepadaMu Ya Allah tempat ku mengadu , tempat ku meminta pertolongan . Kau tempatkan lah nenek ku di dalam golongan orang yang beriman dan bertaqwa kepadaMu . Kau ampunkan lah dosa-II nya di dunia . Kau terima lah amalan yang dilakukan semasa di dunia . Kau jauhkan dia daripada azab nerakaMu Ya Allah . Amin yarabbal alamin . Kini , aku semakin pulih , walaupun setelah setahun lebih arwah mak meninggalkan aku , alhamdulilah aku masih lagi boleh menjalani hidup seperti orang lain . Mak , ampunkan dosa yang pernah adik lakukan terhadap mak . Adik harap mak bahagia dekat sana .